Thursday, April 28, 2011

Pelajar Latihan Industri

Sudah sekian lama aku tidak menulis di blog ini. Entah kenapa hari ini rasa terpanggil untuk menulis tentang pelajar-pelajar kolej yang telah menjalankan LI di syarikat yang telah aku bina selama 6 tahun ini. Pada dasarnya aku rasa miss juga bila dia orang ni dah tak ada nanti. Walau pada mulanya aku tak kisah kalau dia orang tak buat LI tapi bila dah sekian lama bersama rasa hubungan itu semakin mesra. Aku sabar dengan kerenah dia orang dan dia orang pun sabar dengan kerenahku.
Hari ini merupakan hari terakhir mereka bersama aku. Esok tinggallah aku seperti biasa bersama pelatih-pelatih lain yang masih sudi menjalani latihan bersama aku di sini.
Aku sebenarnya amat berterima kasih kepada kesemua mereka. Walaupun mereka tidak di bayar elaun sepenuhnya namun mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna seperti orang bekerja sebenar. Banyak sungguh jasa mereka tapi sayangnya aku tidak dapat membalasnya dengan wang ringgit. Semua tu hanya dapat ku balas dengan memberikan latihan yang sewajarnya sahaja.
Kepada anda semua, saya doakan semoga anda semua sukses dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang ada. Janganlah lupa pada Itbase/bijak it selepas ini seperti yang telah berlaku pada pelatih sebelum ini.

Wednesday, August 6, 2008

Profil Diri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas rahmatnya aku dapat menulis di dalam Blog ini.